Wednesday, May 11, 2022

MPU23012 : PENGAJIAN ISLAM

SALAH FAHAM DALAM ISLAM


PENGAJIAN ISLAM :

SALAH FAHAM TERHADAP AGAMA ISLAM


NAMA PENSYARAH :-
USTAZ HASMINUDDIN BIN HASHIM

AHLI KUMPULAN :-
1. NOOR DANIA BINTI NOOR HISHAM (02DBS21F1038)
2. NUR ANISA BINTI AHMAD BASRI (02DBS31F1012)
3. NOR AZZAH BINTI FAUZI (02DBS21F1030)
4. WAN NUR NADIA BINTI WAN NAZARUDIN (02DBS21F1046)
5. NURIN FATIN HANNANI BINTI MOHD ROSLAN (02DBS21F1018)


1.0 DEFINISI : 


Salah faham terhadap islam bermaksud memahami islam dengan kefahaman bahawa agama sebagai satu kecenderungan peribadi semata-mata dan tidak mengikut yang dikehendaki oleh Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW

Muhammad Qutub dalam kitabnya, “Salah Faham Terhadap Islam” menyatakan bahawa salah faham terhadap Islam juga adalah suatu kefahaman bahawa agama merupakan suatu kenyataan hidup pada masa lampau dan tidak sesuai pada zaman moden kini. Mereka menganggap bahawa agama hanya bertujuan mendidik jiwa dan mengasuh manusia dengan prinsip, etika dan moral yang tertentu


2.0 : PENGENALAN


  • Salah faham terhadap Islam menimbulkan kecelaruan dan kekeliruan terhadap kefahaman mengenai agama Islam. Antara puncanya adalah ajaran Islam yang tidak tepat dan tersasar daripada ajaran Islam yang sebenar iaitu menurut Al-Quran dan As-Sunnah. Akibat daripada salah faham ini terwujudnya propaganda media barat yang menggambarkan Islam sebagai satu bentuk keganasan, ketaksuban dan kemunduran.
  • Salah faham terhadap Islam bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat bukan Islam malah sering juga berlaku dalam kalangan masyarakat Islam itu sendiri. Pelbagai tuduhan, tohmahan dan anggapan salah dibuat terhadap Islam yang menggambarkan kesalahfahaman masyarakat terhadap Islam. Semua ini berlaku kerana kejahilan terhadap hakikat agama Islam itu sendiri. Topik ini akan membincangkan beberapa contoh salah faham terhadap Islam dan jawapannya berdasarkan ajaran Islam yang sebenar
  • Pandangan kami mengenai mereka yang mempunyai salah faham terhadap agama Islam adalah berpunca daripada aspek kerohanian dalam Islam yang tidak relevan untuk mengejar kemajuan, penghayatan islam tertumpu kepada konteks nostalgia dan keterbatasan kuasa atau utiliti rujukan dalam sumber islam
  • Oleh itu, salah faham ini perlu ditangani dengan kadar segera agar masyarakat tidak terus terpengaruh kepada pemikiran negatif terhadap agama Islam dan juga turut menjauhkan diri daripada kepercayaan dan kefahaman yang songsang mengenai agama Islam

3.0 : FAKTOR PENYEBAB KESALAHFAHAMAN TERHADAP AGAMA ISLAM


1. Faktor Dalaman :-

  • Persempadanan wilayah islam yang semakin meluas secara mendadak dalam tempoh yang singkat dan penyampaian islam tidak dapat dilakukan secara menyeluruh. Sebahagian penganut islam masih ada yang enggan meninggalkan adat resam bertentangan dengan ajaran islam
  • Perselisihan faham dan perpecahan umat islam menyebabkan lagi pertambahan salah faham terhadap islam sehingga wujudnya fahaman syiah
  • Elemen subversif dalam negara atau kerajaan islam itu sendiri
  • Kurang ilmu pengetahuan mengenai agama islam
  • Perkembangan ajaran sesat
      2. Faktor Luaran :-

  • Serangan pemikiran oleh orientalis barat
  • Pengaruh kepada budaya barat/asing
  • Penjajahan barat dan dasar pecah perintah
  • Penjajahan dan modenisme barat
     3. Bentuk Salah Faham Tradisional :-

a. Agama yang dimanipulasi :

  • Dogmatisme dan ideologi
  • Agama yang diadaptasi daripada agama kristian
  • Agama yang kolot

b. Al-Quran dan Hadith yang dimanipulasi :

i. Meletakkan Al-Quran sebagai wahyu dalam keraguan dengan alasan

  • Nabi Muhammad SAW Ummi
  • Al-Quran tidak dibukukan dalam satu mashaf atau buku yang lengkap semasa era penurunannya
  • Al-Quran dikatakan sebagai sebuah kisah dongeng

ii.  Umat Islam sendiri tidak memahami tentang kedudukan Hadith dan meragui kesahihannya

iii. Nabi Muhammad SAW dimanipulasi

  • Mengatakan Nabi Muhammad SAW sebagai seorang yang suka berpoligami luar biasa
  • Mengatakan baginda sebagai seorang yang gila seks

iv. Kedudukan Wanita yang dimanipulasi

  • Mengatakan Wanita sebagai Hamba Seks
  • Wanita didera dan dianiaya

v.  Masyarakat dan negara Islam yang dimanipulasi

  • Tidak bertamadun
  • Suka berperang

4.0 : SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM

1. FAHAMAN SEKULARISME

2. FAHAMAN PLURALISME

3. FAHAMAN LIBERALISME

4. FAHAMAN AJARAN SESAT


1. FAHAMAN SEKULARISME 


PENGERTIAN :

Dari sudut Bahasa Sekularisme berasal daripada Bahasa Latin Secular ertinya satu Zaman (Engage) juga bermaksud satu generasi yang merujuk kepada masa dan tempat. Manakala dari segi istilah pula Sekularisme adalah satu fahaman yang memisahkan kehidupan dunia dan akhirat dalam semua aspek. Sama ada memisahkan hal agama, Pendidikan, politik, sosial dan sebagainya.

KONSEP DAN PRINSIP SEKULARISME :

Ismail R. Al-Faruqi (1978) telah mengklasifikasikan konsep secular seperti berikut :

  1. Suatu fahaman yang merujuk kepada penafian terhadap hal-hal kerohanian
  2. Penolakan terhadap kewibawaan unsur-unsur kerohanian
  3. Penafian terhadap adanya hidup yang tetap iaitu Akhirat
  4. Pemisahan di antara agama dan nilai kerohanian dengan pemerintahan dan kehidupan keduniaan
  5. Kekuasaan sebagai kebebasan mutlak untuk merencana dan Menyusun dasar kehidupan manusia seterusnya melaksanakannya sendiri tanpa apa-apa pergantungan serta hubung-kait dengan Tuhan
  6. Gereja dan institusi agama hanya terbatas kepada perkara-perkara yang berhubung dengan masalah ketuhanan semata-mata

Syed Naquib Al-Attas (1980) menjelaskan Prinsip Sekularisme seperti berikut :

  1. Aliran ini hendaklah memperbaiki kehidupan insan secara material semata-mata
  2. Menyatakan kebenaran keduniaan (Sekular) adalah terbebas dari ajaran wahyu dan kenabian
  3. Ilmu Sekular bebas dari prinsip-prinsip dan disiplin ilmu itu sendiri dan ia boleh diuji melalui fikiran dan pengalaman seperti ilmu Matematik, Fizik, Kimia dan lain-lain
  4. Kesejahteraan hidup di dunia tidak perlu dirujuk kepada dasar-dasar lain seperti agama dan wahyu. Dalam mencapai, fikiran dan pengalaman sumber utamanya adalah Akal.


2. FAHAMAN PLURALISME


PENGERTIAN :

  • Maksud ‘Pluralisme Agama’ merupakan fahaman yang menyamaratakan semua agama. Islam menghargai toleransi agama lain tetapi tidak menganggap semua agama adalah sama. Dengan erti kata lain Islam tidak menganggap bahawa Tuhan yang disembah oleh penganut Islam adalah Tuhan yang disembah oleh agama lain juga. Penyelesaian Islam terhadap Pluralisme Agama adalah dengan mengakui perbezaan dan identity agama masing-masing
  • Pluralisme agama mendakwa semua agama adalah bersifat relative justeru, tidak ada satu agama pun yang berhak mendakwa agamanya adalah benar dan mutlak. Mereka menganggap semua agama mempunyai tujuan yang satu iaitu membawa manusia kepada keselamatan di akhirat. Ia amat bercanggah dengan apa yang disebut Al-Quran bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang benar dan diterima di sisi Allah SWT
  • Pengasas Pluralisme agama, John Hick (Professor Teologi di Claremont Graduate School California USA) mengajarkan semua agama menuju ke satu titik pusat iaitu ‘Realiti Tunggal’ (Tuhan) tetapi Tuhan itu dijelmakan dalam pelbagai bentuk dan cara tertentu mengikut ajaran agama masing-masing
  • Fahaman ini turut dikembangkan oleh sekelompok pemikir Kristian seperti Raimundo Panikkar, Wilfred Cantwell Smith dan Fritjhof Schuon dan John L. Esposito (Dr. Anis Malik Thoha, 2010)

PENENTANGAN ANTARA ISLAM DAN PLURALISME

  1. Islam menolak kefahaman Pluralisme agama yang mendakwa bahawa semua agama adalah sama baik dan sama benar
  2. Hanya satu agama yang memiliki wahyu sempurna dan lengkap iaitu Islam
  3. Islam mengiktiraf bahawa masih terdapat Hakikat, Kebenaran, Kebaikan dan Keindahan Etika yang terkandung dalam agama yang selainnya. Sementara Islam melarang sikap yang menjadikan agama sebagai bahan ejekan dan bahan permainan, Islam juga sentiasa mengalukan sikap saksama, jujur dan berintegriti dari mana pun datangnya. Kebaikan dan keindahan etika ini seharusnya digembleng untuk menjulang masyarakat Malaysia kearah yang lebih baik
  4. Perpaduan rakyat perlu dipupuk secara mengalakkan keunikan tradisi agama masing-masing sambal menggalakkan sikap saling bermuhibah, berbelas kasihan dan saling berkasih sayang sebagai saudara sesame jiran dan saudara sesama manusia yang berasal dari jiwa yang satu walaupun menganut agama yang berbeza
  5. Isu-isu antara penganut agama perlu diselesaikan dengan seadil-adilnya, secara saksama dan dalam semangat saling hormat-menghormati terhadap lunas agama universal sifatnya

3. FAHAMAN LIBERALISME


PENGERTIAN :

Pemikiran Liberal muncul dalam dunia Islam pada abad ke-18 Masihi, akibat terpengaruh dengan Gerakan liberalisasi agama yang telah berlaku di Barat pada abad ke-16 dan abad ke-17 Masihi iaitu pada Zaman Renanisans. Gerakan ini dipelopori oleh tokoh-tokoh seperti John Locke, Rousseau, Adam Smith dan J.S. Mill yang memperjuangkan kebebasan individu sehingga menafikan nilai-nilai moral (Mazlan Ibrahim 2013)

FATWA BERHUBUNG FAHAMAN ISLAM LIBERAL :

ASPEK AKIDAH :

i. Berpegang kepada Konsep Pluralisme

  • Menjadi pegangan utama dalam aliran pemikiran liberal
  • Pluralisme agama berpendirian bahawa setiap agama mempunyai konsep, persepsi dan respon yang tersendiri terhadap Realiti yang Agung (Semua agama adalah sama tarafnya merujuk kepada Realiti yang Agung)

ii. Akal Manusia adalah Wahyu

  • Wahyu bertulis dan wahyu yang tidak bertulis
  • Wahyu bertulis adalah Al-Quran dan ia adalah teks semata-mata
  • Wahyu tidak bertulis adalah akal manusia dan akallah yang sebenarnya menghidupkan teks Al-Quran berdasarkan tujuan dan konteks suasana zaman

iii. Meragui Ketulenan Al-Quran

  • Aliran pemikiran ini mendakwa Al-Quran diresapi dengan budaya Arab kerana orang Arab menjadi pemilik Bahasa itu, tambahan pula katanya Nabi Muhammad SAW yang menjadi pembawa risalah juga terdiri daripada orang Arab
  • Mereka menyatakan bahawa kesahihan risalah tersebut tidak ada lagi kerana sebenarnya yang ada hanyalah mesej budaya Arab
ASPEK AKIDAH :

i. Mempersoalkan Methodologi Pentafsiran Al-Quran dan Al-Hadith

  • Mempersoalkan cara atau Methodologi pentafsiran Al-Quran yang diguna pakai kini
  • Dengan slogan “Membuka dan Membebaskan tafsiran Al-Quran”
  • Menggunakan pendekatan takwilan sendiri terhadap beberapa ajaran Al-Quran yang jauh berbeza dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah

ii. Menggesa Tafsiran Baru Konsep Ibadat

  • Berpegang ‘Membuka dan Membebaskan’ tafsiran Al-Quran sebagai alas an untuk memajukan umat Islam dan menganjurkan agar teks-teks Al-Quran menempuh proses dekonstraksi bagi membolehkan tafsiran-tafsiran yang baru dibuat

iii. Mempertikaikan Kriteria dan Akhlak Kenabian

  • Pemikiran ini secara sinis mengkritik Sifat Nubuwwah yang dimiliki oleh Rasulullah SAW dengan mengatakan ia tidak lain hanyalah sebagai kemampuan kepimpinan seorang manusia ke atas manusia lain (Leadership Value)
  • Sesiapapun boleh mempunyai Sifat Nubuwwah tersebut untuk memimpin manusia kearah ciri-ciri yang baik
  • Mukjizat seperti Isra’ dan Mikraj dianggap sebagai bahan cerita yang sengaja diperbesarkan (Exageration) oleh pengikut baginda yang taksub sedangkan ia hanyalah sekadar mimpi yang tidak terjadi di alam reality

iv. Sikap Terhadap Ilmu-Ilmu Islam

  • Mempunyai kaedah yang tersendiri apabila merujuk kepada hukum-hukum Fiqh iaitu mengambil tujuan hukum bukan bentuk hukum
  • Berdasarkan ciri-ciri penyelewengan tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa Aliran Pemikiran Liberal adalah ajaran sesat dan menyelewang daripada Syariat Islam
CARA MENANGANI LIBERALISME :

  1. Memberikan kefahaman sebenar kepada masyarakat terhadap keaslian Islam dan betapa palsunya fahaman Islam Liberal dan pluralism dan disokong padu oleh media massa. Kefahaman Islam sebenar perlu disebar luaskan kepada rakyat menerusi khutbah, seminar dan sebagainya
  2. Mengenalpasti organisasi yang mendukung fahaman ini dan mengajak mereka berdialog serta memperingatkan orang ramai tentang bahaya organisasi-organisasi berkenaan
  3. Memasukkan di dalam silibus pengajian-pengajian di sekolah, IPT, masjid dan lain-lain
  4. Menubuhkan badan pemantau aliran fikiran asing yang menyusup masuk dalam masyarakat Islam yang dianggotai oleh ahli akademi dan ulama’ serta professional

4. FAHAMAN AJARAN SESAT 


PENGERTIAN :

Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang islam atau orang bukan islam yang mendakwa bahawa ajaran atau amalan tersebut adalah ajaran islam sedangkan hakikatnya ia bertentangan dengan islam yang berdasarkan al-quran dan as-sunnah serta juga bertentangan dengan ajaran ahli sunnal wal jamaah

MANGSA AJARAN SESAT :

  1. Mereka yang jahil dan kosong jiwa kerana tidak mempunyai pengetahuan agama yang cukup
  2. Mereka ghairah mencari ketenangan dan kesempurnaan menerusi unsur kerohanian dengan jalan yang singkat
  3. Mereka yang kurang kemantapan dalam usul Syariah
KEBURUKAN MENGAMALKAN AJARAN SESAT :

a. Individu

  • Rosak akidah
  • Masa terbuang
  • Minda seseorang akan tertutup
  • Kehidupan tidak stabil

b. Masyarakat

  • Keruntuhan institusi kekeluargaan
  • Perpaduan tergugat
  • Berlaku keganasan

c. Negara

  • Negara akan mundur
  • Negara menjadi kucar-kacir

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI AJARAN SESAT :

  1. Melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar
  2. Menyebarkan ajaran Islam menerusi pelbagai kaedah seperti media cetak, elektronik, ceramah, seminar, forum dan symposium
  3. Kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang oleh semua pihak dapay membendung kegiatan ajaran sesat daripada terus menular dalam masyarakat
  4. Program Pemulihan Akidah seperti Pusat Pemulihan Akidah Jelebu di Negeri Sembilan dan Pusat Pemulihan Akidah Ulu Yam di Selangor 

5.0 : KESIMPULAN 

Kejayaan membetulkan salah faham terhadap Islam banyak bergantung kepada factor umat Islam sendiri. Kitalah yang mesti memastikan Islam tidak disalahfahamkan lagi, baik dari segi ilmiahnya mahupun dari segi amaliahnya. Malah kita sendiri mestilah menjadi bukti akan kesempurnaan dan kebenaran Islam di dalam kehidupan seharian
Cabaran kita ialah bagaimana menyepadukan perkara-perkara baru dan terkini dengan memasukkan prinsip dan nilai Islam sebagai kawalan, penjernihan dan ‘nilai tambah’. Bagaimana pembangunan rohani dan material perlu disepadukan? Bagaimanakah aplikasi Industri Bioteknologi menurut perspektif Islam? Kelenturan syariah dalam urusniaga pasaran kewangan Islam global? Inilah antara perkara-perkara yang bersifat “Kehadapan” yang hanya dapat ditangani sekiranya salah faham tentang Islam dapat ditangani dengan baik.

 






MPU23012 : PENGAJIAN ISLAM

SALAH FAHAM DALAM ISLAM PENGAJIAN ISLAM : SALAH FAHAM TERHADAP AGAMA ISLAM NAMA PENSYARAH :- USTAZ HASMINUDDIN BIN HASHIM AHLI KUMPULAN :- 1...